P111 KOTA RAJA

 

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh

: SITI MARIAH BINTI MAHMUD

Umur

: 55

MEDIA SOSIAL

Facebook

: Drsitimariah

Twitter

: @DrSitiMariah

Blog

: http://drsitimariah.blogspot.com

Dr Hajjah Siti Mariah binti Mahmud dilahirkan pada tahun 1958 di Kulim, Kedah. Mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr Abdul Hakim Jaafar dan dikurniakan enam orang anak.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultanah Asmah, Alor Setar dan Sekolah Menengah Pokok Sena.

Kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Cairo (1976-1981). Sekembalinya ke Malaysia, beliau bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia selama beberapa tahun sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mendapat MSc King’s College, Universiti of London pada tahun 1989. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Jabatan di UKM pada umur 27 tahun.

Latarbelakang Pendidikan:

  • Sekolah Rendah Sultanah Asmah, Alor Setar
  • Sekolah Menengah Pokok Sena
  • Kolej Tunku Khurshiah, Seremban
  • Universiti Ijazah Pertama : Cairo Universiti (1976-1981)-Doktor Perubatan
  • MSC King’s College, London University (1989-1990)

Pengalaman Kerjaya:

  • Doktor Pelatih/Pegawai Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (1981-1982)
  • Pegawai Perubatan, Hospital Melaka (1983-1984)
  • Pensyarah Fakulti Perubatan UKM (1984-1997)
  • Ketua Jabatan/Pensyarah Jabatan Fisiologi dan Jabatan Pendidikan Perubatan
  • Doktor Sukarelawan yayasan Amal Malaysia (Misi-Misi Kemanusiaan Antarabangsa)
  • Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa (IMWU)
  • Usahawan (1997-2005)
  • Ahli Parlimen Kota Raja (2008-2013)

Jawatan dalam parti PAS

  • Ketua Muslimat PAS Kubu Gajah
  • Ketua Muslimat Kawasan Subang
  • Naib Ketua DMPN Selangor
  • Ketua Penerangan DMPP
  • Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat (JPPP)
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
  • Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja