Warning: session_start(): open(/tmp/sess_fdd662f6fc9add13643c37ad569259b0, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/session/session.php on line 532

Warning: session_start(): Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/pru13/public_html/libraries/joomla/session/session.php:532) in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/session/session.php on line 532

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/database/mysql.php on line 383

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/database/mysql.php on line 383

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/table.php on line 409
Analisa PRU13: Pengundi Cina nekad bersama Pakatan (Bahagian 2)
Error
  • The RokSprocket Module needs the RokSprocket Component enabled.


Warning: mysqli_query(): (HY000/1): Can't create/write to file '/tmp/#sql_676a_0.MYI' (Errcode: 28 - No space left on device) in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/database/mysqli.php on line 382

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/database/mysql.php on line 383

Warning: mysqli_query(): (HY000/1): Can't create/write to file '/tmp/#sql_676a_2.MYI' (Errcode: 28 - No space left on device) in /home/pru13/public_html/libraries/joomla/database/database/mysqli.php on line 382

Analisa PRU13: Pengundi Cina nekad bersama Pakatan (Bahagian 2)

Badan pengkaji atas talian bebas, PoliTweet, menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar dan separa bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi majoriti Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN. Di mana 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).

PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus).

Sebagai perbandingan, BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran. Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63 peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.

"BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh didapati dalam blog rasmi PoliTweet.

Daripada maklumat tersebut, kita boleh lihat bahawa populariti PR semakin meningkat dan mengikut jangkaan kami, tidak mustahil dalam masa 5 tahun lagi menjelang PRU14, kawasan-kawasan deposit BN ini tidak lagi dapat dipertahankan sekiranya PR "menyerang" dengan lebih agresif.

Kerusi Pakatan Rakyat

Kerusi parlimen ditandingi KeADILan adalah paling banyak, iaitu 99 dan PAS pula 73 dengan satu kerusi di Labuan bertindan antara PAS dan keADILan kerana KeADILan juga meletakkan calon di kerusi yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini. Daripada jumlah kerusi yang ditandingi tersebut, keADILan menang 30 dan PAS 21, masing-masing merosot 1 dan 2 kerusi berbanding dengan PRU-12 yang lalu.

Daripada 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP pula, 37 daripadanya adalah di kawasan majoriti pengundi Cina dan hanya 14 kawasan sahaja yang bukan majoriti Cina. DAP hampir menyapu bersih di semua kawasan majoriti Cina yang ditandinginya. DAP menang di semua kawasan majoriti Cina kecuali satu iaitu di Labis. Calon MCA Chua Tee Yong menang di parlimen Labis hanya dengan majoriti tipis 353 undi.

Dari Keputusan PRU ke-13 ini, kita boleh lihat kaum Cina bersama PR secara total di mana kawasan majoriti kaum Cina dimenangi DAP. Pengundi Cina memang turut mengundi KeADILan dan PAS tetapi lebih ramai yang mengundi DAP tentunya kerana pembahagian kerusi di dalam pilihanraya di negara kita ini cenderung mengikut komposisi etnik di sesuatu kawasan.

Kawasan Parlimen dengan pengundi majoriti Cina adalah Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Taiping, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar, Teluk Intan, Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara, Klang, Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras, Rasah, Kota Melaka, Labis, Bakri, Kluang, Gelang Patah, Kulai, Kota Kinabalu, Sandakan, Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu. Contoh yang paling ketara ialah pukulan kepada Ghani Othman, mantan Menteri Besar Johor sebagai ujian sengaja pihak PM meletakkan beliau di ketemukan dengan 'supremo' DAP Lim Kit Siang (LKS) di Gelang Patah. Akhirnya, LKS menang bergaya dengan majoriti 14,762. Gani, mantan MB Johor itu hanya memperolehi 39,523 undi berbanding LKS sebanyak 54,284 undi. Manakala kawasan parlimen bukan majoriti Cina Cameron High Lands, Raub, Bentong, Seremban, Alor Gajah, Tanjong Piai, Putatan, Sepanggar, Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas . Daripada 14 kawasan bukan majoriti Cina itu, 8 daripadanya adalah di Sabah dan Sarawak. Dap hanya menang di 2 kawasan sahaja dan 12 kawasan lagi tewas. Dua kawasan parlimen yang bukan majoriti Cina dimenangi oleh Dap ialah Raub melalui calon Melayunya Mohd Ariff Sabri Bin Abdul Aziz yang lebih popular dengan blogger Sakmongkol AK47 dan juga Seremban menerusi Pengerusi Dap Negeri Sembilan Anthony Loke.

Kenapa Cina undi pembangkang

Sebaik sahaja BN dapat majoriti mudah, Datuk Seri Najib Razak terus bercakap mengenai undi Cina yang memihak kepada pembangkang. 'Perubahan' di kawasan bandar amat ketara daripada pengundi berbangsa Cina.

Orang Cina dilihat sudah bersatu untuk memilih Dap sebagai payungnya, namun orang Melayu masih tidak dapat bersatu untuk memilih nak berpayung di bawah Umno, PAS atau KeADILan walaupun majoritinya memilih Umno.

Najib perlu memainkan isu pekauman untuk melindungi kekalahan teruk BN musim ini, dan hanya dengan mereka cipta isu perkauman untuk melindungi "tragedi PRU 13 ini".

Istilah terbaru digunakan ialah 'tsunami Cina' yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik menyatakan sesuatu yang sungguh "mencemaskan" keluar kata-kata dari PM sendiri "apa lagi yang di kehendaki oleh Cina. ".

MCA berkempen tentang isu Cina dan hudud. Kempen MCA untuk mencetuskan sentimen ketakutan dan fobia kepada Islam terhadap pengundi Cina untuk tidak mengundi PR langsung tidak menjadi apabila majoriti orang Cina tidak lagi menyokong mereka, dalam erti kata lain, orang Cina telah menolak BN secara total dengan memilih PR.

Kini jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan dengan apa juga manisan yang di hidangkan Najib selama ini yang jelas ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan Umno.

Kalau PR boleh berubah, ia turut boleh mengubah sentimen dan persepsi orang Melayu terhadap DAP, orang Cina terhadap PAS dan orang ramai terhadap KeADILan. Orang Cina memang sudah menyokong PR, orang India 50-50, tinggal orang Melayu sahaja yang masih menyokong BN.

Pengundian Cina tidak lagi menjurus kepada perkauman. Bahkan Cina dan India akan undi Pas walaupun BN mencalonkan MCA dan MIC dalam kawasan tertentu. Bukti dibawah boleh membenarkan kenyataan ini. Lihat contoh kerusi parlimen berikut; 1. Rafizi (keADILan) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN; 2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA; 3. Tan Sri Khalid (KeADILan) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK; 4. Imran Hamid (KeADILan) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT; 5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB; 6. Kamarul Bahrin (KeADILan) menang vs V.S Mogan (BN) TELOK KEMAMANG; 7. Khairil K. Johari (DAP) menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Begitu juga dengan kerusi DUN berikut; 1. Azman Nasarudin (KeADILan) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah; 2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan; 3. Azan Ismail (KeADILan) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu; 4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang; 5. Mohd Rashid (KeADILan) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang ; 6. Dr Idris (KeADILan) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor; 7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor; 8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

 

Melayu takut kehilangan 'kuasa Melayu'

Kita boleh membahagikan Melayu kepada dua iaitu Melayu PR dan Melayu BN. Kenapa majoriti orang Melayu memilih Umno berbanding PAS atau calon Melayu KeADILan? Selain itu, majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang yakin terhadap kepimpinan dan kemampuan BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut atau golongan yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti yang menjanjikan kesamarataan kaum dan agama.

Kalau di era Gerakan Reformasi 1998 dan pada PRU 1999, sebahagian besar daripada orang Melayu meninggalkan Umno, kemungkinan sebahagian besar daripada undi Melayu ini sudah kembali. Ramai orang Melayu masih takut nak sokong PR kerana terdapat banyak propaganda yang menyatakan DAP akan membuat negara republik, menjadikan Malaysia negara Kristian, menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu, hapuskan Sistem BerRaja, menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, nak jadikan Malaysia macam Singapura dan sebagainya.

Malahan kalau kerusi parlimen kepunyaan PAS dan KeADILan dicampur sekali pun (51 kerusi) masih belum mencukupi untuk menyaingi 88 kerusi yang dimiliki oleh Umno. Majoriti orang Melayu masih memilih BN dan secara khususnya Umno yang meraih 88 kerusi berbanding PAS sebanyak 21 kerusi sedangkan mereka bertanding sebanyak 73 kerusi.

Melayu yang undi PR mempunyai persepsi yang sama dengan Cina iaitu BN adalah korup dan boros. Golongan ini berharap PR akan membawa Malaysia ke arah pemerintahan yang lebih telus dan profesional. Manakala Melayu yang undi BN takut kehilangan kuasa Melayu kerana gabungan Umno dan Perkasa berjaya menakutkan orang-orang Melayu tertentu untuk mengundi BN.

 

(Disiarkan Harakah Bil: 1850 / 7 - 9 Jun)