Dun Gaal kekal di tangan PAS

 

KOTA BHARU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gaal kekal di tangan PAS apabila petisyen dikemukakan BN ditolak Mahkamah Pilihan Raya 5 September lalu.

Hakim Dato' Zamani Abdul Rahim berkata, petisyen yang difailkan calon BN, Redzuan Stapha mempunyai beberapa kecacatan termasuk pelantikan peguam dan penyerahan notis petisyen tidak mengikut Kaedah 9 dan 15 Kaedah­-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Oleh itu mahkamah memerintahkan Redzuan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada responden pertama, Tuan Mazlan Tuan Mat.

Selain itu masing­masing RM25,000 kepada responden kedua, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya.Sebelum itu pada 2 September lalu calon PAS mengemukakan bantahan awal kedua selepas ban­tahan awal yang dikemukakan ditolak mahkamah.

Pada pada pilihan raya umum lalu Tuan Mazlan menang dengan majoriti 302 undi.

Calon PAS tersebut diwakil pasukan peguam diketuai Aminuddin Zulkifli dan Hisham Fauzi, manakala Mohd Ilias Mohd Noor mewakili pempetisyen dan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.

Sebelum ini mahkamah pilihan raya di sini turut menolak petisyen parlimen Ketereh, Bachok, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Manek Urai, Mengkebang dan Jelawat.